Wednesday, July 20, 2016

Pengenalan Projek Akhir Diploma

Projek Akhir Diploma adalah satu komponen dalam kurikulum untuk pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DTM) di University College Bestari (UCB). Para pelajar yang mengambil kursus projek akhir adalah terdiri daripada para pelajar semester akhir iaitu semester 6.

Objektif  kursus ini ialah supaya para pelajar mendapat pengalaman dalam mengendalikan tugasan secara individu selain mendapat latihan praktikal berkaitan dengan kaedah pengaturcaraan, pembangunan sistem dan penulisan laporan.

Sinopsis Kursus

Tajuk Kursus : 
Projek Akhir

Kod Kursus: 
TJ1014

Jam Kredit: 
4

Semester: 
6

Prasyarat: 
Kebenaran daripada Jabatan/Fakulti



No comments:

Post a Comment